PULAU PINANG 6 Mei – Kira-kira 13 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bayan Lepas di sini mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu gas iodin hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, pelajar dilaporkan sedang melakukan uji kaji melibatkan bahan kimia iodin di dalam makmal.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri berkata, seramai 13 pelajar terdiri daripada 11 perempuan dan dua lelaki dilaporkan terhidu gas tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kesemua mangsa telah dibawa ke tempat selamat bagi rawatan awal.
“Seorang mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











