Pekerja kilang maut nahas - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 18 Mei – Seorang pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Taman Ria dekat sini, maut setelah kereta dipandunya terbabas berdekatan Perpustakaan Merbok Jalan Tupah Lama, Sungai Petani di sini, hari ini.

Mangsa, Izhar Napiah, 53, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera serius di bahagian kepala dan dada.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kemalangan kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah pekan Merbok ke Sungai Petani.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik sahaja sampai di situ, mangsa gagal mengawal keretanya lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh papan tanda serta dinding parit bersimen,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, berikutan itu, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Tambah beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut mengenai kemalangan itu masih dijalankan.

Dalam pada itu, isteri mangsa, Enson Daoh, 50, berkata, suaminya keluar dari rumah mereka di Kampung Batu Paya Suri, Semeling di sini, untuk ke tempat kerja.

“Kami begitu terkejut setelah dimaklumkan kereta dipandu Izhar terlibat kemalangan. Sebelum ini, dia selalu pergi kerja dengan menunggang motosikal sahaja.

“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pekan Semeling di sini, hari ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini