KAPIT 2 Mei – Seorang pekerja syarikat pembalakan yang melakukan kerja-kerja penandaan kayu di kawasan hutan Ulu Sungai Melatai, Baleh, dekat sini hilang, dan dikhuatiri diserang binatang buas, semalam. Difahamkan mangsa yang baru dua minggu bekerja dengan syarikat pembalakan terbabit, dikenali sebagai Kenek Antok. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, mangsa bersama kumpulan sembilan lagi pekerja masuk ke hutan, untuk melakukan kerja-kerja penandaan kayu pada…










