Pegawai NASA mahu hantar abu kucing ke angkasa lepas - Utusan Malaysia

Pegawai NASA mahu hantar abu kucing ke angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON, Texas – Seorang bekas kakitangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) bercadang untuk menabur abu kucing peliharaannya yang dinamakan Pikachu ke angkasa lepas, lapor akhbar Daily Mail.

Sekiranya rancangannya itu menjadi realiti, ia bakal menempa sejarah sebagai abu kucing pertama dibawa ke angkasa lepas untuk ditaburkan di orbit Bumi.

Bagi menjayakan rancangannya, Steve Munt, telah membuka akaun GoFundMe bagi mengutip dana bagi menampung kos AS$5,000 (RM20,681) yang perlu dibayar kepada syarikat Celestis: Memorial Spaceflights yang akan menguruskan proses tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pikachu akan melalui perjalanan terakhir yang mana tiada kucing lain pernah lalui sebelum ini. Sebahagian daripada abunya akan dilancarkan ke orbit iaitu tempat Pikachu dapat memerhatikan Bumi ini,” katanya dalam laman web GoFundMe.

Munt sebelum ini bertugas sebagai pengaturcara perisian untuk Teleskop Angkasa Lepas Hubble milik NASA. Dia mula mencari cara terbaik untuk mengabadikan kucing kesayangannya berinspirasikan sains dan angkasa lepas selepas Pikachu mati akibat kencing manis Januari lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini