PBJ mesti berdaftar, patuhi undang-undang - Utusan Malaysia

PBJ mesti berdaftar, patuhi undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 5 Mei – Penubuhan Parti Bangsa Johor (PBJ) perlu mengikut prosedur dan mematuhi semua undang-undang termasuk wajib berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Pengerusi PKR negeri, Hassan Karim berkata, tidak menjadi masalah bagi mana-mana pihak termasuk membabitkan hirarki tertentu untuk menubuhkan PBJ asalkan patuh kepada undang-undang dalam negara ini.

“Mesti daftar dengan RoS. Mereka ada mempunyai objektif perjuangannya sendiri dan mempunyai hak untuk bertanding dalam pilihan raya umum. Biarkan rakyat menentukan pilihan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“In sudah termaktub dalam artikel 10 Perlembagaan negara yang menyebut tentang perkara ini. Tiada masalah untuk menubuhkan atau menganjurkan aktiviti parti kerana itu merupakan kebebasan yang diberikan, ini adalah Malaysia baharu,” katanya.

Ditanya adakah relevan menubuhkan PBJ dalam konteks negeri ini yang sudah mempunyai banyak parti politik mewakili kaum masing-masing, beliau berkata, perkara tersebut terpulang kepada rakyat untuk menilai atau menyokongnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, semua pihak perlu terbuka dalam perkara tersebut dan peluang harus diberikan kepada semua.

Hassan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Jesper Residenz di Bandar Seri Alam di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kumpulan Perbandaran UMLand Bhd. Wong Kuen Kong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini