Apakah pendekatan yang perlu diambil oleh pelabur sekiranya pasaran sedang dalam aliran menurun? Apabila melihat carta pergerakan saham dalam aliran menurun diikuti sentimen pasaran yang lemah disebabkan tiada petunjuk positif, pelabur boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Tempoh menunggu ini dibuat setelah pelabur sempat melupuskan pegangan saham sebelum pasaran memasuki aliran menurun. Seandainya pelabur terperangkap membeli saham pada harga sebelum pasaran jatuh, mereka boleh mengambil pendekatan jual dahulu. Penjualan ini…










