ROME 2 Mei – Presiden Roma, James Pallotta, menepis laporan yang mendakwa Qatar Sports Investments (QSI) mahu mengambil alih kelab Serie A tersebut. QSI yang merupakan pemilik kelab juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) telah dikaitkan akan mengambil alih Roma yang kini dimiliki sebuah kumpulan pelaburan Amerika Syarikat sejak 2011. “QSI dilaporkan ingin membeli Roma tetapi sebenarnya tiada ada apa-apa, ia berita palsu,” kata Pallotta kepada RomaPress sebagai reaksi terhadap…










