Pakaian dalam wanita dilarikan dari kedai dobi - Utusan Malaysia

Pakaian dalam wanita dilarikan dari kedai dobi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 15 Mei – Empat set pakaian dalam milik seorang wanita berusia 30 tahun yang sedang dicuci di sebuah kedai dobi di Taman Bukit Galena di sini, dilarikan seorang lelaki semalam.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku pada pukul 8.30 pagi iaitu semasa mangsa mencuci pakaian tersebut di premis berkenaan.

“Wanita itu memasukkan semua pakaian dalam berkenaan ke dalam sebuah mesin dan meninggalkannya sementara waktu untuk ke tempat lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, apabila kembali semula ke premis itu pada pukul 9.10 pagi, dia mendapati semua pakaian itu telah hilang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut sumber polis, mangsa menghubungi pemilik premis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki mengambil pakaian mangsa tersebut.

Katanya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban kerana bimbang pakaian dalam miliknya disalahgunakan lelaki tersebut.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Rosli Ishak ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini