KUALA LUMPUR 28 Mei – Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya diminta membayar bagi perlindungan PIDM. Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, ini kerana perlindungan yang disediakan kepada pendeposit bank, pemegang sijil takaful dan polisi insurans oleh PIDM adalah secara automatik dan percuma. Katanya, terdapat peningkatan aduan diterima daripada orang ramai yang diminta membayar bagi perlindungan PIDM pada tahun ini. Jelas beliau, dalam kebanyakan kes, pengadu diminta membayar untuk ‘mengaktifkan’ perlindungan bagi menerima dana, biasanya dalam bentuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya