KUCHING 29 Mei – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik hari ini melancarkan Op Selamat 15 yang tertumpu kepada semua kawasan kerap berlaku kemalangan di seluruh Sarawak sempena perayaan Gawai Dayak dan Aidilfitri yang menjelang tiba. Operasi khas selama 15 hari berteraskan ‘Total Enforcement’ itu akan berkuatkuasa sehingga 12 Jun. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata sebanyak 58 kawasan ‘Blackspot’ telah dikenal pasti di…










