Olahraga: Status raja pecut Thailand milik Zulfiqar - Utusan Malaysia

Olahraga: Status raja pecut Thailand milik Zulfiqar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Muhammad Zulfiqar Ismail merangkul gelaran raja pecut Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand selepas menjuarai final 100 meter (m) di Stadium Nasional Supachalasai sebentar tadi.

Atlet pecut berusia 20 tahun itu meraih pingat emas dengan catatan 10.42 saat (s) sekali gus mengulangi pencapaian diraih Khairul Hafiz Jantan yang menjuarai edisi Terbuka Thailand dua tahun lalu.

Zulfiqar berjaya menewaskan dua pelari tuan rumah, Siripol Punpa dan Jirapong Meenapra yang masing-masing meraih pingat perak serta gangsa dalam kejohanan di laman sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejayaan Zulfiqar menyaksikan skuad olahraga negara menutup saingan hari pertama kejohanan itu dengan kutipan dua pingat emas selepas terdahulu dimenangi Abdul Rahman Lee dalam acara lempar cakera.

Pelari 400m wanita, Nurul Faizah Asma Mazlan berjaya meraih pingat perak manakala Choo Kang Ni menduduki tempat ketiga untuk acara lempar cakera wanita. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini