BANGKOK – Atlet lempar cakera negara, Abdul Rahman Lee berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand di Stadium Nasional Supachalasai sebentar tadi.
Atlet berusia 21 tahun itu mencatat rekod peribadi baharu 50.16 meter (m) untuk menewaskan Narong Benjaroon dari Thailand di tempat kedua dengan catatan 50.15m.
Pingat gangsa pula menjadi milik seorang lagi atlet tuan rumah, Thongchai Silamool menerusi catatan 48.47m. – K! ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











