KUALA LUMPUR 2 Mei – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menyeru seluruh rakyat negara ini supaya turun beramai-ramai menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang akan diadakan pada Sabtu ini. Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, beliau sendiri akan mengerahkan seramai mungkin ahli Wanita UMNO bagi menyertai perhimpunan tersebut. Tegasnya, perhimpunan itu adalah satu mesej jelas kepada pihak yang cuba menggugat kepentingan Islam dan hak Melayu serta bumiputera. “Realiti politik pada masa…










