Noor Azmi fokus banteras judi di daerah Ampang Jaya - Utusan Malaysia

Noor Azmi fokus banteras judi di daerah Ampang Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Usaha meme­rangi kegiatan judi haram menjadi salah satu fokus Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof sebagai Ketua Polis Daerah Ampang yang baharu.

Azmi memberitahu, selain itu beliau juga turut akan berusaha mengurangkan kadar jenayah sekali gus memastikan daerah ini terus selamat.

“Dengan perlantikan ini, saya akan menggunakan peluang yang ada untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di kawasan-kawasan sekitar daerah ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu, saya berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyalurkan maklumat untuk saya terus menjalankan tugas dengan cemerlang,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ampang di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini hari ini.

Sementara itu, Asisten Komisoner Hamzah Alias memberitahu banyak perkara yang mahu dilakukannya sebaik sahaja dirinya bersara.

Jelasnya, sebagai pegawai polis sudah pasti banyak perkara yang dikorbankan demi menjalankan tugas terutamanya masa bersama keluarga.

“Oleh itu, saya akan gunakan masa ini untuk berehat bersama isteri dan keluarga selain menjalankan aktiviti-aktiviti kerohanian,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini