KATHMANDU 3 Mei – Tentera Nepal menafikan penemua tapak kaki yeti oleh anggota tentera India di kawasan pergunungan Himalaya dan menegaskan berkemungkinan kesan itu adalah tapak kaki beruang. Tentera India memuat naik gambar kesan tapak kaki tersebut menerusi Twitter baru-baru ini, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi berhubung kesahihan penemuan berkenaan. Jurucakap tentera Nepal, Bigyan Dev Pandey memaklumkan hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan banyak kesan tapak kaki terbabit. Sehubungan itu, Nepal merumuskan kemungkinan ia adalah milik haiwan seperti beruang. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya