Napoli muncul naib juara Serie A - Utusan Malaysia

Napoli muncul naib juara Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 6 Mei – Jaringan penalti yang dijaringkan Lorenzo Insigne pada minit terakhir permainan membolehkan Napoli sah menamatkan saingan Serie A di tempat kedua di belakang Juventus selepas menewaskan Cagliari 2-1 di Stadium San Paolo.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu mempunyai kelebihan 10 mata mengatasi Inter Milan yang berada di tangga ketiga dengan tiga baki perlawanan.

Bagaimanapun Napoli ketinggalan 16 mata di belakang Juventus yang sudah pun mengesahkan kejuaraan Serie A buat kali kelapan berturut-turut ketikaaksi liga masih berbaki lima perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jujurnya mengekori Juventus amat sukar.

“Sudah tentu kami kalah sebab jarak terlalu jauh namun menamatkan liga di tempat kedua sudah memuaskan kami dan pasukan pasti bangkit pada musim depan,” kata Ancelotti.

Dalam aksi tersebut, Cagliari terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Leonardo Pavoletti pada minit ke-63 namun Dries Mertens menyamakan kedudukan pada minit ke-85.

Ketika permainan seakan-akan berkesudahan seri, Napoli dihadiahkan penalti dan Insigne tenang menyempurnakannya sekali gus membolehkan pasukannya muncul naib juara Serie A buat kali kedua berturut-turut.

Mertens sudah meledak 82 gol bersama Napoli dalam aksi liga, kurang satu daripada legenda kelab, Diego Maradona.

Juventus dan Napoli sudah pun mengesahkan tiket mereka ke Liga Juara-Juara musim depan namun perebutan dua lagi slot masih terbuka dalam kalangan enam pasukan.

Atalanta menduduki tempat keempat, slot terakhir ke kejohanan berprestij di Eropah apabila menewaskan Lazio 3-1 manakala Roma seri 1-1 menentang Genoa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini