KUANTAN – Hasrat seorang pereka hiasan dalaman membuat pinjaman RM14,000 untuk mengembangkan perniagaannya berakhir dengan menanggung kerugian RM18,500 semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 30 tahun itu tertarik untuk membuat pinjaman selepas membaca iklan di laman Facebook. Ujar beliau lagi, mangsa yang berasal dari sini itu kemudian mengisi borang maklumat peribadi di pautan iklan tersebut sebelum dihubungi seorang lelaki memperkenalkan diri…










