KUALA NERUS 25 Mei – Empat maut termasuk ibu mengandung dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan berhampiran tempat pembuangan sampah di Kampung Sungai Ikan dekat sini pagi ini.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.30 pagi.
Katanya, dalam kemalangan melibatkan kereta jenis Peugeot dan Proton Iswara Aeroback itu, kesemua mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang penumpang cedera.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kesemua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.

“Setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenalpasti,” katanya. – UTUSAN ONLINE











