Nadal, Djokovic lepasi halangan awal - Utusan Malaysia

Nadal, Djokovic lepasi halangan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Juara bertahan, Rafael Nadal memulakan kempen Kejohanan Tenis Terbuka Perancis dengan langkah kanan selepas mudah menewaskan wakil Jerman, Yannick Hanfmann pada pusingan pertama dengan kemenangan 6-2, 6-1, 6-3 kelmarin.

Sementara itu, pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic turut mengikut jejak Nadal dengan menyingkirkan pemain Switzerland, Henri Laaksonen dengan keputusan straight set 6-4, 6-2, 6-2, sekali gus melangkah ke pusingan kedua yang akan berlangsung hari ini.

Nadal yang juga pilihan kedua kejohanan mengakui dia berada dalam prestasi terbaiknya untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Perancis, namun dalam masa yang sama tidak mahu terlalu yakin kerana apa sahaja boleh berlaku sekiranya gagal memberikan fokus terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat gembira dapat kembali membuat kemunculan dalam saingan Terbuka Perancis yang sangat dekat dalam diri saya. Ini adalah detik penting dalam karier saya dan saya harap dapat melangkah jauh dalam kejohanan ini.

“Secara jujur, saya berada dalam prestasi yang memuaskan kerana kemenangan yang diraih pada Terbuka Itali telah menaikkan motivasi saya keseluruhannya,” kata Nadal yang pernah menjuarai Terbuka Perancis sebanyak 12 kali sebelum ini.

Djokovic pula tidak mahu meletakkan sasaran yang tinggi meskipun berpeluang mencipta sejarah dengan menjuarai gelaran Grand Slam keempat berturut-turut sekiranya menang di Roland Garros kali ini.

“Saya enggan memberi tekanan yang terlalu tinggi dan lebih berminat untuk fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Dalam masa sama, saya turut berharap dapat mengulangi sejarah dengan menjuarai empat gelaran Grand Slam berturut-turut seperti musim 2016,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini