Mydin, Zurich Takaful tawar pelan Takaful - Utusan Malaysia

Mydin, Zurich Takaful tawar pelan Takaful

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Pengendali rangkaian peruncitan produk halal tempatan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) dan Zurich Takaful Malaysia Berhad (Zurich Takaful) memeterai perjanjian 10 tahun bagi menawarkan pelan takaful yang mudah dan tanpa kerumitan di cawangan MYDIN terpilih seluruh negara.

Kerjasama ini membolehkan pelanggan MYDIN mendapatkan maklumat serta pelan perlindungan yang sesuai melalui kaunter Zurich Takaful yang mula beroperasi di MYDIN Mall, Subang Jaya, Selangor semalam dan di kaunter lain yang akan dibuka secara berperingkat di lebih 60 pasar raya MYDIN seluruh negara.

Kolaborasi ini turut melibatkan platform digital seperti laman sesawang rasmi, aplikasi mudah alih dan berita elektronik yang akan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai produk Zurich Takaful.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin dalam satu kenyataan berkata kerjasama itu merupakan yang pertama di pasaran runcit.

“MYDIN berbesar hati bekerjasama bersama Zurich Takaful untuk menawarkan cara yang mudah bagi membantu pelanggan kami mendapatkan perlindungan yang diperlukan supaya mereka boleh menjalani kehidupan dengan yakin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Life Insurance Malaysia Berhad dan Pengarah Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Berhad, Stephen Clark berkata kerjasama ini akan mengukuhkan kedudukan kedua-dua jenama dalam menawarkan produk dan khidmat termasuk pengalaman berbeza kepada pelanggan.

“MYDIN merupakan jenama tempatan terkenal dan saya yakin ini adalah permulaan yang membolehkan kami menembusi dan membantu masyarakat dengan lebih meluas,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini