Murid SKDH sertai Program World Kids Quran Hour - Utusan Malaysia

Murid SKDH sertai Program World Kids Quran Hour

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 21 Mei – Kira-kira 1,000 murid dari Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim(SKDH), di sini menyertai Program World Kids Quran Hour hari ini.

Program yang bakal berlangsung secara serentak di seluruh negara, esok diawalkan bagi negeri-negeri tertentu termasuk Kelantan disebabkan tarikh 22 Mei adalah cuti umum sempena Nuzul al-Quran.

SEBAHAGIAN peserta Program World Kids Quran Hour di Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim(SKDH)
SEBAHAGIAN peserta Program World Kids Quran Hour di Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim(SKDH), hari ini. – UTUSAN ONLINE/Nuraikha Sharipul Bahari

Program julung kali anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu sejajar dengan salah satu pengisian perjalanan menuju World #Quran Hour pada 30 Mei ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri, Datuk Adnan Hashim berkata, program itu bertujuan membawa kanak-kanak khususnya berusia enam hingga 12 tahun supaya terdidik dan minat dengan bacaan suci al-Quran.

“Dalam masa sama kanak-kanak juga akan diselitkan dengan pengisian isi kandungan al-Quran dan beberapa pendekatan yang sesuai dengan umur mereka iaitu tadabbur melalui lukisan dan penceritaan.

“Kita mahu kanak-kanak ini menjadi penarik kepada rakan-rakan lain seusia mereka supaya mencintai al-Quran, memahami dan turut mengamalkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Penutup Ihya Ramadan 2019 di SKDH di sini hari ini.

Yang turut hadir, Guru Besar sekolah, Hamidah Abdul Hamid.

SEBAHAGIAN peserta Program World Kids Quran Hour di Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim(SKDH)
SEBAHAGIAN peserta Program World Kids Quran Hour di Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim(SKDH), hari ini. – UTUSAN ONLINE/Nuraikha Sharipul Bahari

Dalam majlis sama turut diadakan perasmian Rumah Ngaji SKDH dan penyampaian Infaq’ Ramadan kepada pelajar miskin.

Sementara itu, Hamidah berkata, objektif penubuhan Rumah Ngaji adalah hasil kerjasama pihak ibubapa dan sekolah untuk memberi kelas percuma kepada murid dan masyarakat setempat bermula dari peringkat asas hingga tajwid.

“Kita telah menyediakan satu ruangan khas kepada mereka yang berminat untuk belajar membaca al-Quran pada setiap hari,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini