Teknologi pada masa kini berkembang pesat merentasi sempadan sekali gus menggalakkan lebih ramai kanak-kanak menonjolkan bakat terpendam mereka menerusi platform media sosial. Apa sahaja yang ingin dipelajari turut boleh diakses dengan mudah tidak kiralah untuk sesi pembelajaran mahupun sekadar aktiviti santai pada hujung minggu. Fesyen, masakan, solekan dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang dipaparkan dalam media sosial kadang kala mampu memberikan inspirasi dan motivasi kepada golongan kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti mereka. Itulah yang diakui oleh jurusolek cilik (MUA), Nurul Iris Nasyilah Khairi yang viral ekoran gambar dan video solekannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya