MPSJ lancar aplikasi pintar letak kenderaan - Utusan Malaysia

MPSJ lancar aplikasi pintar letak kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melancarkan ‘Smart Selangor Parking’ (SSP) dan ‘Parkbyphone’(PBP) bagi memudahkan pembayaran di 44,639 petak letak kenderaan berbayar di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, penggunaan aplikasi pintar letak kenderaan itu akan berkuatkuasa serta merta selepas majlis pelancarannya hari ini.

“Sistem ini membolehkan orang ramai membuat pembayaran di mana-mana sahaja tanpa mengira masa selain berperanan mengingatkan pengguna mengenai tempoh letak kereta tamat serta membuat pembayaran kompaun secara terus di aplikasi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, mereka masih boleh menggunakan saluran pembayaran cara lama seperti menggunakan kupon gores letak kereta, mesin bayaran, peraga atau menggunakan pas bulanan,’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini