Mohamad Fuzi ucap tahniah pelantikan Abdul Hamid - Utusan Malaysia

Mohamad Fuzi ucap tahniah pelantikan Abdul Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengucapkan tahniah di atas pelantikan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.

Beliau berkata, harapannya adalah semua pihak termasuk warga PDRM akur dengan keputusan yang dibuat kerajaan itu.

“Saya juga berharap agar proses peralihan kuasa akan berjalan dengan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin semua dalam PDRM akan akur dengan kepimpinan Abdul Hamid dan beliau akan mendapat sokongan padu sepertimana yang diberikan kepada saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jualan ‘Buku Mes PDRM Pada Era 100 Tahun’ di Bukit Aman, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata, satu perbincangan akan diadakan bersama Abdul Hamid dan juga Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd. Rahim Jaafar untuk menentukan individu yang akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN).

“Dalam perbincangan itu nanti, bukan sahaja jawatan TKPN, malah jawatan Pengarah Cawangan Khas dan jawatan penting lain yang mempunyai kekosongan juga akan dibincangkan.

“Persiapan untuk proses ini sedang dilaksanakan,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam satu kenyataan mengumumkan Abdul Hamid dilantik secara kontrak sebagai Ketua Polis Negara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa Sabtu ini (4 Mei) – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini