KUALA LUMPUR 3 Mei – Kementerian Kewangan mengekalkan unjuran pertumbuhan semasa 4.9 peratus bagi negara untuk tahun ini, walaupun Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Nikkei menunjukkan kemungkinan peningkatan 5.2 peratus pada 2019. LIM GUAN ENG Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kementerian menyambut baik bacaan PMI terkini bagi Malaysia itu, yang meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan, iaitu 49.4 mata pada April 2019 daripada 47.2 mata ketika bulan sebelumnya.…










