CYBERJAYA 15 Mei – Universiti Multimedia (MMU) dan SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd. (STV) baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (Mou) dalam usaha memajukan bidang teknologi inovasi dan pengkomersilan keusahawanan. MMU merupakan institusi berstatuskan Premier Digital Tech University, manakala STV adalah anak syarikat SIRIM Berhad. Kerjasama itu memperkukuhkan kedudukan MMU dan STV sebagai peneraju dalam bidang keusahawanan dan inovasi dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) melalui perkongsian kepakaran teknikal. Dokumen perjanjian…










