MITI jangka angka perdagangan Malaysia pada April bertambah baik - Utusan Malaysia

MITI jangka angka perdagangan Malaysia pada April bertambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Angka perdagangan Malaysia pada April dijangka bertambah baik walaupun ketegangan perdagangan global semakin buruk khususnya antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming.

“Terdapat sedikit penurunan dalam prestasi keseluruhan import dan eksport Malaysia, tetapi kami mengambil perhatian bahawa kadar penurunan perdagangan pada Februari lebih tinggi daripada Mac apabila kita lihat pada perbandingan tahun ke tahun, Mac bertambah baik berbanding Februari.

“Itu mungkin menandakan angka perdagangan mungkin bertambah baik lagi pada April,” katanya pada sidang media selepas melancarkan SEMICON Asia Tenggara 2019 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ong menjelaskan, kenyataan terbaru Presiden AS, Donald Trump berhubung rundingan perdagangan tidak akan menjejaskan jumlah sebenar perdagangan Malaysia bagi jangka pendek.

“Untuk impak selanjutnya ke atas Malaysia, kami perlu tunggu dan lihat apa dasar sebenar akan diumumkan oleh kerajaan AS dan kerajaan China daripada perspektif tarif,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini