Mertens kekal bersama Napoli - Utusan Malaysia

Mertens kekal bersama Napoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Mei – Penyerang Napoli, Dries Mertens menepis dakwaan bahawa kononnya dia akan meninggalkan kelab itu selepas dikaitkan dengan Chelsea.

DRIES MERTENS – AFP

Pemain berusia 32 tahun itu akan tamat kontraknya pada musim panas 2020, menjadi buruan beberapa kelab pada musim ini termasuk Chesea walaupun mereka dikenakan sekatan perpindahan pemain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mertens menjaringkan gol untuk Napoli selepas mereka menamatkan kempen Serie A dengan kekecewaan apabila tumpas 2-3 kepada Bologna, Sabtu lalu.

Pemain kebangsaan Belgium itu menjelaskan spekulasi mengenai masa depannya bersama pasukan.

“Saya tidak fikir itu menjadi perlawanan terakhir saya bersama Napoli. Saya masih mempunyai kontrak setahun bersama Napoli dan saya gembira berada di sini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini