IPOH – Kerja-kerja pembaikan jalan akibat lubang benam di KM272.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Gunung Lang di sini selesai sepenuhnya semalam. Menurut PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) semua laluan di lebuh raya itu dibuka sepenuhnya kira-kira pukul 5 petang semalam. “PLUS mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang memberikan kerjasama baik ketika kerja-kerja membaik pulih tersebut dilaksanakan dalam tempoh kurang 24 jam,” demikian menurut kenyataan PLUS di laman sesawangnya. Mendapan tersebut menyebabkan satu lubang berukuran 2.1 meter (m) lebar dengan kedalaman 2.1m dikesan kira-kira pukul 3.30 petang pada Isnin. Insiden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya