KUALA LUMPUR 31 Mei – Kumpulan peneraju media bersepadu Malaysia, Media Prima Berhad merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM42.8 juta pada suku pertama 2019 berbanding RM23 juta pada tempoh sama tahun lepas disebabkan penurunan pendapatan pengiklanan dan jualan akhbar. Perolehan kumpulan pada suku pertama tahun kewangan 2019 sebanyak RM239.1 juta, lebih rendah berbanding RM280.7 juta tempoh sama 2018. Media Prima dalam kenyataannya berkata, bagi segmen digital, Media Prima mencatatkan perolehan RM17.4 juta berbanding RM19.1 juta disebabkan pertumbuhan perlahan daripada pengiklanan dan pemasaran digital pada awal tahun. Katanya, inisiatif perdagangan Media…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya