MBSA bagi 50 peratus diskaun sepanjang Ramadan  - Utusan Malaysia

MBSA bagi 50 peratus diskaun sepanjang Ramadan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan diskaun 50 peratus pelbagai kompaun sepanjang bulan Ramadan ini. 

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penawaran pengurangan kompaun itu bermula 6 Mei hingga 4 Jun depan dalam membantu orang ramai menyelesaikan tunggakan mereka. 

Katanya, antara kompaun yang dibenarkan pengurangan adalah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005, Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007 dan Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembayaran boleh dilakukan di Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) yang akan beroperasi pada setiap hari Sabtu di pasaraya terpilih di kawasan pentadbiran  MBSA.

“Orang ramai juga boleh membuat pembayaran kompaun di kaunter utama Wisma MBSA dan cawangannya di Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Justeru, beliau berkata, sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 0355222882 atau 0355105133 sambungan 1477, 1656, 1657 atau melayari portal MBSA di eps.mbsa.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini