MBMB rampas bantal angin disewakan pada waktu malam - Utusan Malaysia

MBMB rampas bantal angin disewakan pada waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merampas 25 unit bantal angin selepas menerima aduan ia digunakan untuk aktiviti tidak bermoral pada waktu malam oleh pasangan anak muda di Pantai Klebang di sini baru-baru ini. 

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, rampasan itu dibuat mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai MBMB 2010.

Katanya, dua operator yang mengendalikan sewaan bantal angin itu turut dikenakan kompaun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada masalah sekiranya orang ramai menggunakan bantal ini untuk berehat melihat pemandangan matahari terbenam iaitu sekitar pukul 6 atau 7 malam. 

“Namun, sekiranya ia digunakan untuk melepak sehingga malam dan mengundang perbuatan tidak bermoral, pihak MBMB terpaksa mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Difahamkan, bantal angin itu disewakan pada kadar RM10 seunit untuk digunakan dalam tempoh sejam. 

Mansor berkata, bagaimanapun pihaknya melalui Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Perniagaan akan menilai semula perlesenan perniagaan itu mengikut keperluan. 

Sebelum ini, aktiviti bantal angin atau digelar bantai cahaya itu turut tular selepas laman sosial Facebook StreetIslah Melaka memuat naik beberapa keping gambar pasangan muda Melayu belum berkahwin dicekup duduk berdua-duaan di atas bantal angin pada waktu malam di Pantai Klebang yang mengundang kemarahan netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini