MBJB edar 4,000 pek dodol percuma - Utusan Malaysia

MBJB edar 4,000 pek dodol percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26Mei – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengagihkan 4,000 pek dodol secara percuma kepada orang ramai di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini bermula pukul 2 petang tadi hingga waktu berbuka.

Program Edaran Dodol Drive Thru 2019 itu merupakan program kebajikan untuk warga bandar raya ini yang dilaksanakan MBJB sejak dua tahun berturut-turut.

Program berkenaan sedikit sebanyak mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama berpasukan warga MBJB dalam menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.

Datuk Amran A. Rahman
DATUK Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A. Rahman (kiri) bersama-sama warga MBJB mengacau dodol sebelum dibungkus dan diagihkan kepada warga kota menerusi Program Edaran Dodol Drive Thru 2019 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor Bahru petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Menurut Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBJB, program berkenaan melibatkan 90 warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang bergotong-royong menyiapkan dodol dengan sembilan buah kawah dari malam semalam sehingga kira-kira pukul 1 pagi tadi.

“MBJB memperuntukkan RM22,000 bagi penganjuran program berkenaan melibatkan kos sewaan peralatan, pembelian bahan ramuan, bahan pembungkusan dan lain-lain lagi.

“Antara proses persiapan dodol tersebut termasuk ramuan seperti santan, gula Melaka dan daun pandan. Proses mengacau dodol mengambil masa kira-kira lapan jam tidak termasuk proses pembungkusan dodol,” demikian menurut kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×