IPOH 1 Mei – Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri akan menyerahkan tapak bersejarah Lapangan Terbang Taiping kepada pemaju swasta untuk pembangunan bercampur. MB Inc dalam satu kenyatannya memaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah membatalkan kelulusan berkenaan pada 16 Januari 2019. Malahan katanya, keputusan itu telah dimaklumkan oleh Pengarah Tanah dan Galian Perak kepada pengurusan baharu MB Inc melalui surat bertarikh 17…










