POJOK ‘Awang Selamat’ yang pernah disiarkan oleh Mingguan Malaysia suatu ketika dahulu amat dinanti-nantikan oleh pembaca seluruh negara sebenarnya dicetuskan oleh Ketua Pengarang Utusan Melayu, Tan Sri Melan Abdullah. Menurut buku Yang terbaik Dari Awang Selamat: Koleksi Pilihan 1987-1992 (1994) oleh Zainuddin Maidin (Zam), Melan mencipta pojok Awang Selamat bagi menggantikan Awang Bongsu yang disiar Utusan Malaysia sejak 1 September 1967. Pojok berbentuk satira itu menjadi semakin popular apabila ruangan…