TIDAK dinafikan ketika Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan program matrikulasi pada 1998 khusus untuk membantu pelajar bumiputera memasuki universiti, tidak timbul bantahan kerana semua maklum saluran Tingkatan 6 bukan menjadi kaedah pilihan golongan yang ketinggalan dari segi pendidikan ini. Timbul persepsi pada ketika itu dan kekal sehingga hari ini bahawa saluran Tingkatan 6 lebih sukar untuk dilalui berbanding matrikulasi. Sebab itu pada awal penubuhannya, program matrikulasi dianggap program tidak setanding…









