Maszlee ambil kira pandangan ramai mengenai matrikulasi - Utusan Malaysia

Maszlee ambil kira pandangan ramai mengenai matrikulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengambil kira pandangan ramai termasuk Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How berkenaan isu matrikulasi dan pendidikan tinggi negara.

MASZLEE MALIK

Malah, Maszlee turut memuji inisiatif yang dilakukan Howard selaku Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak yang datang menemui beliau untuk membincangkan serta mengemukakan beberapa cadangan berhubung isu hangat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, beliau terbuka untuk menerima sebarang cadangan yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti dan sistem pendidikan dalam negara secara menyeluruh.

“Antara cadangan yang akan diperhalusi adalah mempertimbangkan penyerapan tempat sebanyak 15,000 di asasi-asasi institut pengajian tinggi awam (IPTA) sedia ada sebagai sebahagian daripada program matrikulasi. Tidak ada sebarnag impliasi kos, isu kakitangan akademik dan kemudahan prasarana.

“Selain itu, Howard turut mencadangkan kemasukan markah Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) secara automatik bagi pelajar-pelajar STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) atau membuka 2,000 peluang kemasukan tambahan bagi 2,000 pelajar teratas mengikut markah CGPA tanpa mengira kaum,” katanya dalam laman Facebook rasminya di sini hari ini,

Mengulas lanjut, Maszlee turut menyatakan setiap cadangan yang dikemukakan Howard sedang diteliti dengan lebih lanjut oleh Kementerian Pendidikan.

Katanya, pandangan dengan idea konkrit dan bernas mampu menggalakkan lebih banyak perbincangan bermanfaat untuk rakyat manakala usaha serta pemikiran rasional seperti Howard dilihat sebagai contoh baik dalam membantu Kementerian Pendidikan terus cemerlang buat semua. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini