Mara Kelantan santuni 50 asnaf - Utusan Malaysia

Mara Kelantan santuni 50 asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 21 Mei – Seramai 50 golongan asnaf dari setiap daerah di negeri ini diraikan dalam Majlis Iftar Mara Kelantan Bersama Asnaf bertempat di Auditorium Pejabat Mara Kelantan malam tadi.

Program tahunan anjuran Mara Kelantan itu diadakan dengan kerjasama Rural Capital Berhad (RCB) dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Pengarah Mara Kelantan, Zulkarnain Zakaria berkata, setiap asnaf turut menerima bantuan wang zakat sebanyak RM150 dan hamper barangan dapur

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, bantuan itu diharap dapat membantu menjimatkan belanja harian mereka menjelang Aidilfitri nanti.

“Ini merupakan program tahunan Mara Kelantan serta anak-anak syarikat di bawahnya dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan.

“Pada tahun lepas pihak Mara turun padang ke rumah golongan asnaf untuk menyampaikan bantuan namun tahun kita kumpulkan mereka dengan mengadakan majlis iftar,” katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Antara yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Mara, Wan Saipul Bahri Wan Ahmad Marzuki; Eksekutif RCB, Nor Rohaslina Yusopp dan Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara, Shahidan Surji. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini