Manfaat digital kepada bisnes - Utusan Malaysia

Manfaat digital kepada bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menurut Indeks Kematangan Digital APAC SMB dikeluarkan Cisco baru-baru ini, sekitar 46 peratus daripada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini menyedari wujud­nya program-program kerajaan yang dapat menyokong mereka dalam transformasi digital tetapi tiada inisiatif untuk mengambil bahagian dalam ekonomi internet.

Walau bagaimanapun, untuk memasuki ruang digital, peniaga mesti terlebih dahulu memahami dan mengetahui manfaat digital untuk bisnes. Bagi meneruskan kolum kami minggu lepas, inilah cara digitalisasi yang dapat membantu perniagaan anda berkembang pesat.

Perniagaan lebih fleksibel

Memuatkan artikel berkaitan…

Jack Ma, pengasas Alibaba menyatakan masa depan perniagaan tidak akan lagi menjadi perniagaan kepada pengguna (B2C) tetapi pengguna kepada perniagaan (C2B). Semuanya dikhususkan mengikut spesifikasi yang diminta oleh pengguna.

Ini bukan sahaja memaksimumkan kepuasan pelanggan tetapi juga meningkatkan peluang pasaran dengan menawarkan pengkhususan produk yang masih belum diterokai di Malaysia.

Antara kaedah pengkhususan mengikut keperluan pengguna ialah memberi peluang kepada mereka melakukan pembelian pada bila-bila masa. Sesetengah pelanggan sibuk dengan kerja dan mereka tidak mem­punyai masa membuat pembelian me­lalui kedai fizikal. Platform runcit dalam talian akan memberi mereka keupayaan membeli daripada tempat kerja atau di rumah.

Ini dibuktikan melalui data pada 2017 melalui kajian kami untuk melihat waktu pengguna kemungkinan besar membeli barang di platform e-dagang. Kami mendapati, walaupun pengguna aktif menyemak imbas produk di telefon bimbit pada hujung minggu, mereka lebih cenderung melakukan pembelian pada hari kerja melalui desktop.

Menurut Retail Dive, pe­modenan perniagaan dengan kedua-dua kedai dalam talian dan fizikal bertindak sebagai satu platform perniagaan yang berkesan dengan kedai fizikal berkembang menjadi showroom manakala kedai dalam talian sebagai platform utama kepada pengguna membuat keputusan pembelian.

Namun, ia sangat bergantung kepada strategi perniagaan anda. Bagi sesetengah orang, ia paling berfaedah untuk hanya mempunyai kedai dalam talian manakala untuk yang lain pula, mungkin lebih baik memiliki kedua-dua kedai dalam talian dan luar talian.

Sebagai contoh, FashionValet, sebuah syarikat e-dagang fesyen dalam talian, memilih untuk melancarkan kedai fizikal kerana mereka memahami pengguna masih ingin mencuba pakaian. Oleh itu, mereka mempunyai kedai dalam talian dan luar talian untuk memenuhi keperluan pengguna melalui kaedah berbilang saluran.

Komunikasi lebih cekap

Mempunyai platform dalam talian membantu pelanggan berhubung terus dengan perniagaan. Komunikasi antara pengguna dan perniagaan sangat penting bagi sesebuah perniagaan berjaya.

Lihatlah Alibaba, seperti yang disebut oleh Jack Ma “Adalah penting untuk mengetahui apa yang salah dan apa yang anda lakukan dengan betul. Ini akan membantu syarikat bergerak maju dan berkembang menjadi lebih baik”.

Dalam ruang digital, perniagaan boleh menjadi lebih berkesan dengan menjejaki maklumat seperti tingkah laku pengguna, keutamaan mereka dan pelbagai data yang tidak dapat dicapai untuk perniagaan tradisional fizikal.

Antara mekanisme bagaimana perniagaan boleh mencapai tahap ini adalah dengan mendengar maklum balas yang tidak hanya membolehkan pengguna mengetahui perniagaan itu mendengar tetapi juga membantu meningkatkan hubungan pengguna.

Satu daripada platform paling mudah adalah melalui rang­kaian media sosial yang me­ngandungi jumlah pengguna tinggi. Menurut statistik, terdapat lebih daripada 24 juta pengguna media sosial di Malaysia menjelang akhir 2019. Ini didorong daripada rangkaian media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram.

Jadi, daripada berkomunikasi dengan cara satu arah, media sosial membolehkan perniagaan mendengar keperluan, kebimbangan dan maklum balas pengguna yang mana anda boleh menggunakan untuk meningkatkan penawaran ­perniagaan.

Untuk mendengar pengguna dengan lebih berkesan, adalah penting untuk melabur dalam pengetahuan orang ­ramai bagi bidang seperti analisis dan kecerdasan perniagaan supaya lebih memahami pilihan pengguna dan mengubah perniagaan anda mengikut keperluan mereka.

Walaupun, ia mungkin menakutkan perniagaan yang masih belum memasuki arena digital, pemilik perniagaan boleh mendapat latihan dan bantuan daripada pelbagai program yang ditawarkan oleh MDEC untuk mengadaptasi digitilisasi.

Artikel oleh Najwan Nazim dan Jeremy Chew dari iPrice Group (https://iprice.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini