KUALA LUMPUR 1 Mei – Langkah Malaysian Tigers untuk memburu kejuaraan kejohanan Siri Akhir FIH 2019 kini kembali ke landasan apabila berjaya menempah slot separuh akhir selepas bergelut menewaskan Wales 2-1 dalam aksi play-off, hari ini. Kemenangan tersebut juga diharap mampu memulihkan kembali reputasi Malaysian Tigers dalam kempen Siri Akhir FIH selepas dimalukan Itali pada Isnin. Dalam aksi separuh akhir, Malaysia dijadual bertemu juara Kumpulan A, Austria pada Jumaat ini.…










