PUTRAJAYA 2 Mei – Pelabuhan di Malaysia menghadapi kekurangan ketara pemandu trak ”prime mover” untuk mengangkut kargo dalam kawasan pelabuhan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata terminal pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) memerlukan antara 800 hingga 1,000 trak prime mover, yang memainkan peranan penting dalam mengangkut kargo dari dermaga ke limbungan kapal dan sebaliknya, untuk memenuhi pemintaan peningkatan pergerakan kargo. Loke berkata beliau…










