Malaysia kehilangan seorang permata - Utusan Malaysia

Malaysia kehilangan seorang permata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Pemergian tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang meninggal dunia pagi ini diibaratkan seolah-olah negara kehilangan seorang permata yang amat bernilai.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari malah menyifatkan Kay Kim sebagai seorang sejarawan yang tersohor dan disegani ramai.

“Menerima berita dukacita pemergian Kay Kim. Beliau merupakan seorang sejarawan yang tersohor dan disegani.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia kehilangan seorang permata. Takziah saya ucapkan kepada Puan Sri Rathi Khoo, sahabat saya Eddin (Khoo) dan ahli keluarga mendiang,” katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini