Malaysia janji paksa China bekerja keras - Utusan Malaysia

Malaysia janji paksa China bekerja keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR  19 Mei – Biarpun tidak diletak harapan untuk menewaskan China dalam aksi pembukaan badminton Piala Sudirman esok, namun itu tidak bermakna Malaysia akan memberi laluan mudah kepada pasukan tuan rumah.

Ketua jurulatih perseorangan wanita, Datuk Tey Seu Bock mengakui, beraksi sebagai ‘underdog’ menyebabkan pasukan kali ini nampak lebih tenang biarpun sedar lawan yang bakal ditentang esok adalah juara 10 kali.

“Setakat ini, semuanya nampak berjalan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin disebabkan kita pasukan underdog (bukan pilihan) di sini, jadi pemain langsung tidak merasai tekanan.

“Satu lagi situasi yang bagus, mereka tidak nampak gemuruh, sebaliknya bersemangat untuk membuktikan kebolehan masing-masing,” kata Seu Bock kepada Utusan Online.

Menurut Seu Bock lagi, pemain memahami tugas masing-masing dan sedar mereka menggalas tanggungjawab besar selepas ketiadaan pemain senior seperti Datuk Lee Chong Wei, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Menyedari China bukan tandingan sebenar, fokus pasukan negara untuk meraih kemenangan sebenarnya lebih terarah kepada pertemuan menentang India dalam aksi terakhir, Selasa depan.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam Piala Sudirman adalah layak ke separuh akhir di Guangzhou, China pada 2009.

Selebihnya, pasukan negara sama ada tersingkir pada suku akhir atau kandas di peringkat kumpulan. – UTUSAN ONLINE

JADUAL ESOK

Kumpulan 1B

Indonesia lwn England

Kumpulan 1C

Taiwan lwn Hong Kong

Kumpulan 1D

China lwn MALAYSIA

(siaran langsung di Astro 801/802, 810/836 6 petang)

BARISAN KEMUNGKINAN

CHINA lwn MALAYSIA

Perseorangan lelaki: Shi Yuqi lwn LEE ZII JIA

Perseorangan wanita: Chen Yufei lwn GOH JIN WEI

Beregu lelaki lelaki: Li Junhui-Liu Yuchen lwn AARON CHIA-SOH WOOI YIK

Beregu wanita: Chen Qingchen-Jia Yifan lwn CHOW MEI KUAN-LEE MENG YEAN

Beregu campuran: Zheng Siwei-Huang Yaqiong lwn GOH SOON HUAT-SHEVON LAI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini