Malaysia catat aliran keluar terbesar - Utusan Malaysia

Malaysia catat aliran keluar terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Malaysia mengekalkan kedudukan pertama sebagai negara dengan aliran keluar bersih terbesar diikuti Thailand tempat kedua berdasarkan empat pasaran ASEAN yang dipantau oleh MIDF Research.

Penganalisis MIDF Research, Adam M. Rahim berkata, berbeza dengan Indonesia yang kini menyaksikan aliran masuk bersih dengan jumlah besar diikuti Filipina.Katanya, jualan asing bagi saham tempatan di Bursa Malaysia berjumlah RM1.49 bilion bulan lalu, penjualan bersih bagi bulan ketiga berturut-turut. Jelas beliau, ini menjadikan aliran keluar dana asing berjumlah RM2.76 bilion bagi tempoh empat bulan pertama 2019, berbanding aliran masuk bersih dana asing seba­nyak RM3.71 bilion tempoh sama tahun lalu.

“Aliran keluar dana asing turut berterusan pada minggu lalu dengan sejumlah RM275.7 juta lagi dijual daripada pasaran ekuiti tempatan iaitu empat kali ganda lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada Isnin lalu, aliran keluar dana dicatatkan sebanyak RM96.3 juta selepas pelabur menunggu data ekonomi dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China yang mungkin memberi petanda kepada prospek pertumbuhan ekonomi global,” katanya dalam laporan aliran dana mingguan di sini hari ini.

Jualan bersih asing memuncak pada Selasa sebanyak RM102.9 juta selepas Malaysia dan pasaran serantau lain ditutup pada Rabu sempena Hari Pekerja.

Sentimen juga terjejas sebahagiannya disebabkan indeks pengurus pembelian (PMI) China yang lebih rendah daripada jangkaan.

Jelas Adam, setelah pasaran di buka semula pada Khamis, pelabur asing meneruskan pengeluaran dana daripada ekuiti tempatan berjumlah RM88.8 juta sama dengan pasaran lain terma­suk Thailand dan Indonesia.

“Aliran bersih dana asing kembali ke pasaran pada Jumaat berjumlah RM12.2 juta sekali gus menamatkan penjualan lima hari berturut-turut.

“Prestasi bursa tempatan pada Jumaat disokong data lebihan dagangan Malaysia pada April berjumlah RM14.4 bilion, peningkatan terbesar sejak Oktober 2018,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini