Malaysia buru 4 emas di Filipina - Utusan Malaysia

Malaysia buru 4 emas di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menyasarkan empat pingat emas daripada sembilan acara dipertandingkan dalam sukan itu pada temasya Sukan SEA Filipina 2019, November ini.

Setiausaha Agungnya, Maradona Chok berkata, mereka menetapkan sasaran realistik berdasarkan prestasi semasa pemain dengan sandaran untuk meraih emas diletakkan dalam acara berpasukan, Masters dan beregu.

“Pemilihan skuad negara tahun ini berdasarkan ranking pemain pada pertandingan bulanan yang diadakan. Pemilihan skuad muktamad Sukan SEA akan ditentukan Ogos ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatakuasa Kerja dengan Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai persediaan, katanya, pemain negara akan menyertai Kejohanan Cabaran VII Brunswick Madrid di Sepanyol dari 29 Jun hingga 7 Julai, Terbuka Antarabangsa Singapura (24-30 Jun), Terbuka Antarabangsa Hong Kong (15-20 Julai), Kejohanan Wanita Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat (22-30 Ogos) dan Kejohanan Asia di Kuwait dari 20 hingga 30 Oktober ini.

Sukan SEA Filipina 2019 akan berlangsung dari 30 November hingga 11 Disember ini.

Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, boling menyumbang tujuh daripada 11 pingat emas dipertandingkan serta empat perak dan tiga gangsa.

Juara dunia, Muhammad Rafiq Ismail antara sandaran utama Malaysia untuk memburu kejuaraan dalam temasya di Manila. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini