KUALA LUMPUR 29 Mei – Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menyasarkan empat pingat emas daripada sembilan acara dipertandingkan dalam sukan itu pada temasya Sukan SEA Filipina 2019, November ini. Setiausaha Agungnya, Maradona Chok berkata, mereka menetapkan sasaran realistik berdasarkan prestasi semasa pemain dengan sandaran untuk meraih emas diletakkan dalam acara berpasukan, Masters dan beregu. “Pemilihan skuad negara tahun ini berdasarkan ranking pemain pada pertandingan bulanan yang diadakan. Pemilihan skuad muktamad Sukan SEA akan ditentukan Ogos ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatakuasa Kerja dengan Majlis Sukan Negara (MSN) di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya