Maklum polis jika pulang ke kampung - Utusan Malaysia

Maklum polis jika pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Penduduk di kawasan pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak dinasihati memaklumkan kepada polis jika mereka mahu balik ke kampung semasa musim perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri.

Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, orang ramai boleh memaklumkan kepada polis dengan mengisi borang balik kampung yang disediakan.

“Ini membolehkan polis membuat rondaan di kawasan perumahan atau kediaman ditinggalkan kerana penghuninya balik kampung menyambut Gawai dan Hari Raya Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga menasihati mereka yang mahu balik kampung merancang perjalanan dengan baik serta menyelenggara kenderaan dengan sempurna sebelum memulakan pemanduan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai berhati-hati ketika melalui Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan.

“Selain itu, elakkan memandu ketika rasa mengantuk dan jangan memandu semasa berada di bawah pengaruh alkohol sepanjang musim perayaan Gawai Dayak bagi mengelak terlibat dalam insiden tidak diingini,” jelasnya.

Stanley berharap mereka balik kampung agar sampai ke destinasi dengan selamat menyambut Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini