MAIWP peruntuk RM378,440 bantu asnaf sambut Ramadan - Utusan Malaysia

MAIWP peruntuk RM378,440 bantu asnaf sambut Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM378,450 bagi menyediakan juadah berbuka puasa kepada golongan asnaf sepanjang bulan Ramadan.

MAIWP dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 1,450 bungkus juadah akan diagihkan setiap hari bermula pukul 5 petang di sepuluh lokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara lokasi yang terlibat adalah di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, UTC Keramat Mall, Pusat Agihan Zakat (Paza) Parlimen Lembah Pantai, Wangsa Maju, Seputeh serta Rumah Transit Perantaraan Jalan Sultan Azlan Shah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak mahu golongan yang kurang bernasib baik ini berasa terpinggir pada bulan mulia ini dan diharapkan mereka dapat merasai kegembiraan menyambut bulan Ramadan,” menurut kenyataan sempena Majlis Pelancaran Agihan Makanan Berbuka Puasa Kepada Asnaf 2019 di UTC Pudu Sentral di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini