TOKYO 1 Mei – Maharaja Naruhito berikrar untuk memenuhi peranannya sebagai ‘simbol kepada negara dan perpaduan’ ketika berucap buat pertama kali selepas ditabalkan sebagai Maharaja Jepun baharu ke-126, hari ini. Naruhito yang berusia 59 tahun itu berucap selepas ditabalkan dalam satu upacara penuh simbolik namun ringkas di Istana Imperial. Baginda menggantikan bapanya, Maharaja Akihito, 85, yang turun takhta pemerintahan sebagai Maharaja Jepun selama tiga dekad semalam. Akihito membuat keputusan untuk…










