Mah Sing rancang bina kilang IBS dengan syarikat China - Utusan Malaysia

Mah Sing rancang bina kilang IBS dengan syarikat China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Mah Sing Group Bhd. sedang meneroka kemungkinan bekerjasama dengan syarikat China untuk membina kilang konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS) kekal di Southville City, KL South.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum berkata kilang kekal itu akan dapat menghasilkan pelbagai komponen IBS termasuk panel konkrit pratuang, lajur papak konkrit, panel dinding konkrit dan rasuk.

“Ini akan meningkatkan penawaran Mah Sing kepada pembeli rumah tempatan secara lestari menggunakan IBS, dan menyediakan peluang kepada kumpulan untuk memasarkan dan memasang komponen IBS bagi projek Mah Sing sendiri dan pembangunan lain termasuk projek rumah mampu milik kerajaan dan projek kerajaan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rancangan Ini adalah susulan lawatan pasukan pengurusan kanan kumpulan itu baru-baru ini ke beberapa bandar raya di China termasuk Changsha dan Shanghai dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Leong berkata dua syarikat yang ia berminat untuk menjalin kerjasama ialah Sany Heavy Industry Co. Ltd, syarikat pembuatan peralatan berat multinasional China yang beribu pejabat di Changsha, Wilayah Hunan dan Nantong Sijian Construction Group Co. Ltd, satu daripada 100 syarikat utama dalam industri pembinaan China.

“Sany berpotensi untuk membantu dalam penubuhan kilang pembuatan IBS, dan pindahan teknologi dalam komponen konkrit pratuang pembuatan, manakala Nantong Sijan akan melatih kontraktor Malaysia dalam pemasangan komponen IBS,” katanya.

Leong berkata kebolehpercayaan IBS juga membolehkannya menambah baik perancangan dan malahan menyelesaikan projek lebih awal daripada yang dijadualkan dalam kes tertentu.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam meningkatkan kehidupan masyarakat tempatan susulan pembukaan Southville City Interchange tahun lepas. Selain menggunakan IBS dalam projek kami sendiri, kami berpotensi untuk membida projek kerajaan termasuk rumah mampu milik dan projek pemangkin berskala besar,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini